Posts

Sirih Pulang Ke Gagang

Setahun tujuh bulan sudah aku di bumi Johor Darul Takzim ni. Nampak macam tak lama. Tapi kalau tengok pengalaman macam dah bertahun tahun dah aku membina rumah tanpa tangga di sini. Di sini, aku datang bersendirian (tipu!aku datang ngan kengkawan senegeri..hehe). Orang pertama yang aku kenal...ko la mentor aku. Who else? Don't need to mention your name..you know yourself..hehe. Xie xie ni sifu.. You've had help me so much all this while. Thank you Thank you Thank you Thank you!! You've been like a big sister to me. Thank you again. Hari kedua aku di Johor...detik perkenalan aku dengan korang2 geng G11 la kan..hehe.. Masing2 dengan pe'el masing2. Geng jejaka sorang mulut banyak cakap sembang kencang (aku harap ko terasa), sorang dalam misi mencari awek (sebab awal2 lagi ko dah ushar cik ser...hehe), sorang pendiam (konon la ko pendiam rupanya ko la budak yang skema masa interview dulu), sorang yang gila Running Man (sebenarnya episod yang mula2 ko tunjuk kat kitora...

Lepas-Lepas

Image
Hehehe...lama menyepi..banyak sawang nih...Selama menyepi aku sibuk la dok latih budak action song...choir...and p camping... Camping dah lepas. Baru je lepas..minggu lepas.. Waahhh....banyaknya perkataan 'lepas'. Kemudian yang baru saja berlalu hari ini (perasan tak aku guna perkataan selain perkataan 'lepas'?), pertandingan koir sekolah rendah peringkat daerah Kulaijaya. Dijadikan cerita, pasukan koir sekolah aku baru tubuhkan hujung bulan lepas. Berlatih memang kalau kira tak cukup. Nak buat harmoni sedap, 1 bulan berlatih dengan budak yang first time kenal koir boleh cakap projek gila. Lagu wajib aku pilih lagu yang paling senang nak nyanyi, hafal and paling mudah buat harmoni. Lagu Nyalakan Tekad (pilihan bangang sebab 3 buah sekolah lain nyanyi lagu sama) and lagu yang ramai tak jangka budak sekolah rendah nak nyanyi, Menceceh Bujang Lapok. Waktu sampai aku dah rasa macam baik-aku-balik-sebelum-bebudak-ni-malukan-aku pasal aku terpsiko tengok baju sekolah...

Cuti Sekolah Dan Pesta Kawen

Image
Alam ria cuti sekolah...kembali semula bersama anda... Ingat tak lagu tu? Dulu-dulu zaman kita kecik-kecik asal nak cuti sekolah je mesti TV3 tayang iklan ni. Zaman kita di sini merujuk kepada remaja-remaja purba yang lahir tahun 80/90an..budak-budak zaman Ipad dah tak pernah dah dengar lagu ni. Eh...termelalut pasal lagu iklan lak! Nak crite ni...cuti sekolah dah mula!! Yeahuuuuuuuu!!!! Cuti sekolah hujung tahun biasanya menjadi rebutan bagi pasangan-pasangan untuk mendirikan mahligai rumahtangga (ala-ala skrip pengacara Nona). Start je cuti aritu aku memulakan langkah jelajah perkahwinan. Ramai ooo.... dulu-dulu aku ikut mak je, sekarang dah ada jemputan sendiri......fuyyyoooo...(dalam hati sebenarnya terasa diri dah tua). Tapi satu benda yang agak spoil bila buat majlis hujung tahun ni adalah musim hujan. Kesian pengantin. Walau bagaimanapun, aku perasan asal pegi je mesti hari tu tak hujan. Rezeki pengantin la kan. Sempena cuti sekolah dan pesta kawen bulan ni, aku ...

Murid Zaman Main Getah VS. Murid Zaman Ipad

Image
"Main Getah? Letak dua batang kayu kiri kanan pastu tarik getah jauh-jauh kemudian lepas ya cikgu?" Inilah jawapan yang aku dapat masa cakap dengan murid pasal main getah...Main Getah tu macam ni ya murid-murid.... Awak kena lompat melepasi beberapa level... Tapi...mana la diorang ni tau...sekarang zaman main game kat Ipad..Galaxy Tab...Jauh bezanya..Attitude murid-murid ni pun jauh beza... Attitude semasa bersama dengan kawan malah semasa berdepan dengan guru. Aku salah seorang murid yang merasai zaman main getah. Aku ingat lagi...dulu kalau cikgu masuk kelas aku dan kawan-kawan semua kepala tunduk je. Takut. Kang tentang mata kena laser lak. Jadi tunduk lah senyap je sampai cikgu tu bersuara. Bila cikgu tu mengajar kitorang tak de la pulak nak jalan ke sana sini. Khusyuk dan tawadu' dengar cikgu tu cakap apa kat depan. Cikgu kadang-kadang tak payah bawa rotan murid dah senyap. Bila cikgu bawa benda unik sikit kita orang akan rasa excited nak tunggu dia cerita...

Antara Keperluan dan Kehendak....

Image
Hari ni setelah sekian lama aku terasa nak menaip lagi. Tetiba kepala otak dok ulang-ulang ayat tajuk kat atas tu. Antara keperluan dan kehendak. Hmm...nak hurai apa tajuk ni? Apa masalah aku dengan keperluan dan kehendak? Siapa punya keperluan dan kehendak yang aku sedang fikirkan ni? Semuanya berpusing-pusing dalam kepala. Gila! Aku mula terfikir pasal ni bila terlihat manusia-manusia di sekeliling aku masing-masing mempunyai barangan mewah yang baru. Canggih...mahal...idaman kalbu...eh! Idaman kalbu? Hehe...kalau orang lain nampak pun mesti semua nak ada jugak benda sama kan? ehsan incek  Google Aku mula terfikir...gaji bulan ni kalau ada baki lagi tambah gaji bulan depan...ada lagi...banyak gak. Tolak kereta, sewa rumah, bagi mak...ada banyak lagi baki aku ni...Nak angkat 1 hp HTC One pun mampu lagi ni...Hmmmm....Nak beli? Tak nak? Nak beli? Tak nak? Arrrgggghhhh.....susahnya nak buat keputusan!!!!! Kalau aku beli, hp lama boleh pakai lagi. Tapi kalau tak beli...bila ak...

BERSIHKAN SAWANG.....

Image
Hehehe....lama gila tak update n jenguk blog ni...Banyak benda jadi dalam hidup aku tahun ni...Ada menarik, tertarik da bomb! Ada yang sedih luka parah jiwa melara.... Hahaha... Macam-macam!! Tapi aku percaya 1 je puncanya... Ketentuan dari yang di atas sana... ^_^ Ketentuan dari Nya bahawa aku tahun ni bermula menjadi warga pendidik di bumi Johor. Ketentuan dariNya banyak dugaan aku telah tempuhi untuk ke sini dan bakal tempuhi di masa akan datang. Cabaran yang mendatang?? Hehe..orang mungkin mudah kata kita akan hadapi dengan tabah dan redha. Ia tidak semudah kata-kata klise yang mencadangkan penyelesaian singkat. Hadapi dengan senyuman kata orang. Berapa lama nak senyum?? Mudah berkata tak semudah melaluinya. Kita kena positif menghadapi cabaran. Baik....sekarang kita set minda ke arah positif.....positif.......positif......pfffffttttt....!!! Gagal! Minda aku mengatakan bila kita tambah positif pada negatif jawapannya adalah negatif. Tapi itu kalau nilai negatifnya adalah besa...

Bila Orang Menulis

Image
skali lagi ehsan  incek GOOGLE Orang menulis aku juga menulis Menulis tentang duka Menulis tentang suka Menulis dari hati Menulis dari akli Terkadang indah baitnya Terkadang pincang iramanya Tapi pena terus menari Terus menulis tidak berhenti