Murid Zaman Main Getah VS. Murid Zaman Ipad
"Main Getah? Letak dua batang kayu kiri kanan pastu tarik getah jauh-jauh kemudian lepas ya cikgu?" Inilah jawapan yang aku dapat masa cakap dengan murid pasal main getah...Main Getah tu macam ni ya murid-murid.... Awak kena lompat melepasi beberapa level... Tapi...mana la diorang ni tau...sekarang zaman main game kat Ipad..Galaxy Tab...Jauh bezanya..Attitude murid-murid ni pun jauh beza... Attitude semasa bersama dengan kawan malah semasa berdepan dengan guru. Aku salah seorang murid yang merasai zaman main getah. Aku ingat lagi...dulu kalau cikgu masuk kelas aku dan kawan-kawan semua kepala tunduk je. Takut. Kang tentang mata kena laser lak. Jadi tunduk lah senyap je sampai cikgu tu bersuara. Bila cikgu tu mengajar kitorang tak de la pulak nak jalan ke sana sini. Khusyuk dan tawadu' dengar cikgu tu cakap apa kat depan. Cikgu kadang-kadang tak payah bawa rotan murid dah senyap. Bila cikgu bawa benda unik sikit kita orang akan rasa excited nak tunggu dia cerita...