Biar Mati Anak Jangan Mati Adat Vs. Fikiran Rasional
Two roads that diverge in the wood...which one to choose? Entry terbaru ni lebih kepada luahan kegeraman aku yang terbuku. Andaikan anda berada dalam satu situasi di mana seorang wanita yang lebih tua memaksa untuk anda melangsungkan pertunangan. Kekasih anda pula sudah mengetahui kehendak wanita itu, malah sudah menyatakan hasrat wanita tersebut untuk anda dan kekasih anda bertunang kepada keluarganya. Walau bagaimanapun, keluarga kekasih anda masih belum memberi jawapan kerana berfikir belum masanya lagi kerana kekasih anda masih belum berkerja. Jika keputusan diambil secara biar mati anak jangan mati adat, antara alasannya: 1. "Korang dah lama bercinta takkan tak nak ikat lagi hubungan korang?" 2. "Bawa anak dara orang ke hulu ke hilir...malu mak tau!" (dalam masa yang sama wanita itu sendiri menjemput kekasih anaknya ke mana sahaja mereka pergi) 3. "Mak bapak dia tak kisah macam lah keluarga kita tak ada maruah!" 4. "Bertunang je..bukan ...