Posts

Showing posts from September, 2010

BILA MATA AKU TAK NAK LELAP

Image
Mata aku masih segar lagi. Tapi aku nak sangat tidur...masalahnya aku tak dapat nak tidur. Degil sangat mata ni. Memandangkan aku tak dapat tidur, lebih baik aku "memblog" (ada ke perkataan ni?). Dalam aku terpusing-pusing atas katil tadi, banyak aku fikirkan. Tapi benda yang aku paling berminat nak blog pagi ni adalah pasal sikap tak nak kalah dalam masyarakat kita. Bagi korang (entah siapa la yang sudi baca blog ni...sesuka ati cakap 'korang'), sikap tak nak kalah ni baik atau menyusahkan? Kalau tak nak kalah dalam beribadat tak apa jugak...tapi jangan la sampai menunjuk-nunjuk hingga membawa kepada riak. Ye tak? Sekurang-kurangnya kalau kita berlumba-lumba melakukan suruhan Allah  kita dapat manfaat di akhirat nanti.  Tapi tak nak kalah dari segi kebendaan ni bagi aku sangat menyusahkan, leceh, membazir dan membuang masa. Kalau saudara sini ada TV plasma HD 46 inci, dia pulak tak nak kalah ni. Kononnya beli lah TV plasma HD 50inci siap terus tukar pakai Astro Bey...

Entri Tengah Malam...atau Sepatutnya Awal Pagi?

Image
Hari ni aku rasa nak menulis pulak. Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Tapi terasa nak menulis. Masalahnya bila aku dah start buka blog ni and try nak menaip perkara-perkara yang menyesakkan kepala aku tadi tiba-tiba perkara-perkara tu semua hilang. Mungkin aku kurang keluar rumah. Al maklum sejak bercuti ni aku dah kurang peka keadaan di luar. Setakat hari ini aku melihat dunia melalui TV dan internet. Macam-macam aku perhatikan. Dari kes makhluk Allah yang berfikiran singkat menghina penduduk beberapa negeri di FB, tentangan rakyat negara seberang yang nak ganyang negara ni sehingga la kes pembunuhan jutawan kosmetik tu. Macam-macam kes. Puncanya juga bermacam-macam. Apa yang menarik semua orang meluahkan pendapat. Tidak kira lah melalui FB, Twitter, blog individu, blog gosip, ruangan forum dan macam-macam lagi. Ada yang bagi pendapat yang munasabah...tapi kebanyakkan lebih kepada pendapat yang dikaburi oleh perasaan marah/geram/dengki/tunjuk pandai (ade ke perasaan ni?).  Aku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

Image
walaupun aku tak pasti ada tak sesiapa yang baca blog ni...tapi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN... 8f0b831e-b8ab-44f0-9426-f088f98e6051 1.03.01

IF IT ONLY WERE THAT SIMPLE...

" If only it were that simple. Boy A finds he has feelings for girl B and tells her so. B realises she feels the same way-or not-and tells A the good/bad news. The end. Unfortunately, we're dealing with the tricky subject of feelings, which often are linked to that of hurt. With hurt comes the notion of protection, to insulate oneself from possible rejection. Understandable as this is, it also leads to ambiguity, where we allow ourselves an escape clause should you give us the "i like you ...as a friend" talk. That is, we still want you to know we're crushing on you and want to take things further, but it's not like we're going to come out and say it. IF ONLY WERE THAT SIMPLE." Pendapat di atas tu aku terbaca dalam notes salah sorang member FB aku...menarik...member aku ni lelaki...jadi menarik sebab kita dapat faham apa sebenarnya dia rasa. Benda yang sama pun boleh diaplikasikan kepada girls yang ada crush...keadaan sama je. Tak ada beza. Bila per...