Cuti Sekolah Dan Pesta Kawen
Alam ria cuti sekolah...kembali semula bersama anda...
Ingat tak lagu tu? Dulu-dulu zaman kita kecik-kecik asal nak cuti sekolah je mesti TV3 tayang iklan ni. Zaman kita di sini merujuk kepada remaja-remaja purba yang lahir tahun 80/90an..budak-budak zaman Ipad dah tak pernah dah dengar lagu ni. Eh...termelalut pasal lagu iklan lak! Nak crite ni...cuti sekolah dah mula!! Yeahuuuuuuuu!!!!
Cuti sekolah hujung tahun biasanya menjadi rebutan bagi pasangan-pasangan untuk mendirikan mahligai rumahtangga (ala-ala skrip pengacara Nona). Start je cuti aritu aku memulakan langkah jelajah perkahwinan. Ramai ooo.... dulu-dulu aku ikut mak je, sekarang dah ada jemputan sendiri......fuyyyoooo...(dalam hati sebenarnya terasa diri dah tua). Tapi satu benda yang agak spoil bila buat majlis hujung tahun ni adalah musim hujan. Kesian pengantin. Walau bagaimanapun, aku perasan asal pegi je mesti hari tu tak hujan. Rezeki pengantin la kan.
Sempena cuti sekolah dan pesta kawen bulan ni, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT... Hmmm...hujung bulan ni aku pun nak juin gak pesta kawen ni...(cewah..ayat supan nak bagitau aku pun dah nak kawen). Harap tak hujan le...
Comments
Post a Comment