Posts

Showing posts from 2010

Tahun Baru...New Year..

Image
Tak ada idea sebenarnya nak tulis apa-apa di sini. Cuma terfikir tak lama lagi tahun baru. Tahun makin bertambah, aku tak gak ada perubahan. Perubahan macamana? Dari segi apa? Banyak sangat... Perubahan pemikiran dan sosial dan kehidupan dan keimanan. Banyak pulak 'dan'. Banyak sangat kot aku fikir. Apa-apa pun aku harap tahun baru ni banyak la perubahan diri sendiri ke arah positif. Asyik negatif je aku tahun ni rasanya...huhuhu... Nak share lagu kat bawah ni la... rasa kena je ngan perasaan aku skarang..

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat Vs. Fikiran Rasional

Image
Two roads that diverge in the wood...which one to choose? Entry terbaru ni lebih kepada luahan kegeraman aku yang terbuku. Andaikan anda berada dalam satu situasi di mana seorang wanita yang lebih  tua memaksa untuk anda melangsungkan pertunangan. Kekasih anda pula sudah mengetahui kehendak wanita itu, malah sudah menyatakan hasrat wanita tersebut untuk anda dan kekasih anda bertunang kepada keluarganya. Walau bagaimanapun, keluarga kekasih anda masih belum memberi jawapan kerana berfikir belum masanya lagi kerana kekasih anda masih belum berkerja. Jika keputusan diambil secara biar mati anak jangan mati adat, antara alasannya: 1. "Korang dah lama bercinta takkan tak nak ikat lagi hubungan korang?" 2. "Bawa anak dara orang ke hulu ke hilir...malu mak tau!" (dalam masa yang sama wanita itu sendiri menjemput kekasih anaknya ke mana sahaja mereka pergi) 3. "Mak bapak dia tak kisah macam lah keluarga kita tak ada maruah!" 4. "Bertunang je..bukan ...

Pekikan Jiwa

Image
Putus harapan,  Dorongan terbiar, Namun bibir tersenyum, Di mata berkaca, Jiwa luka,  Tidak parah namun menyeksa... Seandainya kau mengerti, Bukan emas,  Bukan permata, Tak perlu harta setinggi angkasa, Mudah pintaku tidak berjuta, Bersama di sisi untuk selamanya...

Kegilaan

Image
Ya...makin gila...makin menjadi...setakat 2 bulan dah lebih RM 100 aku belanja beli novel. Aku kembali gila ngan novel. Dan sekarang...mana novel baru aku??????Dah seminggu weiiii aku tunggu!!!

BILA MATA AKU TAK NAK LELAP

Image
Mata aku masih segar lagi. Tapi aku nak sangat tidur...masalahnya aku tak dapat nak tidur. Degil sangat mata ni. Memandangkan aku tak dapat tidur, lebih baik aku "memblog" (ada ke perkataan ni?). Dalam aku terpusing-pusing atas katil tadi, banyak aku fikirkan. Tapi benda yang aku paling berminat nak blog pagi ni adalah pasal sikap tak nak kalah dalam masyarakat kita. Bagi korang (entah siapa la yang sudi baca blog ni...sesuka ati cakap 'korang'), sikap tak nak kalah ni baik atau menyusahkan? Kalau tak nak kalah dalam beribadat tak apa jugak...tapi jangan la sampai menunjuk-nunjuk hingga membawa kepada riak. Ye tak? Sekurang-kurangnya kalau kita berlumba-lumba melakukan suruhan Allah  kita dapat manfaat di akhirat nanti.  Tapi tak nak kalah dari segi kebendaan ni bagi aku sangat menyusahkan, leceh, membazir dan membuang masa. Kalau saudara sini ada TV plasma HD 46 inci, dia pulak tak nak kalah ni. Kononnya beli lah TV plasma HD 50inci siap terus tukar pakai Astro Bey...

Entri Tengah Malam...atau Sepatutnya Awal Pagi?

Image
Hari ni aku rasa nak menulis pulak. Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Tapi terasa nak menulis. Masalahnya bila aku dah start buka blog ni and try nak menaip perkara-perkara yang menyesakkan kepala aku tadi tiba-tiba perkara-perkara tu semua hilang. Mungkin aku kurang keluar rumah. Al maklum sejak bercuti ni aku dah kurang peka keadaan di luar. Setakat hari ini aku melihat dunia melalui TV dan internet. Macam-macam aku perhatikan. Dari kes makhluk Allah yang berfikiran singkat menghina penduduk beberapa negeri di FB, tentangan rakyat negara seberang yang nak ganyang negara ni sehingga la kes pembunuhan jutawan kosmetik tu. Macam-macam kes. Puncanya juga bermacam-macam. Apa yang menarik semua orang meluahkan pendapat. Tidak kira lah melalui FB, Twitter, blog individu, blog gosip, ruangan forum dan macam-macam lagi. Ada yang bagi pendapat yang munasabah...tapi kebanyakkan lebih kepada pendapat yang dikaburi oleh perasaan marah/geram/dengki/tunjuk pandai (ade ke perasaan ni?).  Aku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

Image
walaupun aku tak pasti ada tak sesiapa yang baca blog ni...tapi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN... 8f0b831e-b8ab-44f0-9426-f088f98e6051 1.03.01

IF IT ONLY WERE THAT SIMPLE...

" If only it were that simple. Boy A finds he has feelings for girl B and tells her so. B realises she feels the same way-or not-and tells A the good/bad news. The end. Unfortunately, we're dealing with the tricky subject of feelings, which often are linked to that of hurt. With hurt comes the notion of protection, to insulate oneself from possible rejection. Understandable as this is, it also leads to ambiguity, where we allow ourselves an escape clause should you give us the "i like you ...as a friend" talk. That is, we still want you to know we're crushing on you and want to take things further, but it's not like we're going to come out and say it. IF ONLY WERE THAT SIMPLE." Pendapat di atas tu aku terbaca dalam notes salah sorang member FB aku...menarik...member aku ni lelaki...jadi menarik sebab kita dapat faham apa sebenarnya dia rasa. Benda yang sama pun boleh diaplikasikan kepada girls yang ada crush...keadaan sama je. Tak ada beza. Bila per...

SHARING IS CARING...YE KE??

Image
Dalam kehidupan yang serba teknologi ni, berkongsi cerita dan status semasa dalam Facebook atau Twitter dah jadi semacam satu kemestian. Sehari tak jenguk Facebook rindunya macam lama tak jumpa nasi. Eh? Ye ke? Tak semua tapi ada. Kadang best gak baca status kawan-kawan kat Facebook. Ada yang lawak, ada yang sedih, ada yang mengingatkan kita untuk muhasabah diri, dan ada yang berkongsi tentang dapat hadiah, kebahagiaan hidup dan kesenangan diri. Tapi, sedar tak sebenarnya there is a fine line between sharing and bragging. Bukan jeles ke apa...tapi bila setiap kali status yang di'update' sentiasa mengenai hadiah mewah yang diterima...betapa murah melancong ke luar negara...ada ketikanya status-status tersebut seakan-akan bragging atau riak. Walaupun kadang-kadang pemilik Facebook tu bukannya niat nak brag pun tapi macam tadi aku kata tu la...there is a fine line between sharing and bragging. Itu je la kot apa yang terlintas kat kepala otak aku kali ni...tak semestinya apa aku ...

Senyum

Image
Puas ku dukung Puas ku angkat dirimu Namun kau mengeluh jua Penat katamu Tak mengapa...aku senyum Kembali kau bangkit Mengutip sisa-sisa semangat juang Kau hampir ke penghujung Namun tersasar lagi perhatianmu Tak mengapa...aku senyum lagi Kini kau sudah menyerah Sudah puas berjuang katamu Serah pada takdir Nya Biarkan masa menentukan Tak mengapa...aku masih tersenyum lagi Tapi ku rasa berat bibir mataku Senyum ku ibarat sumbang Ku palingkan arah Ku sapu genangan itu Udara disedut terasa berat Kekuatan hati ku seru kembali Ku paling semula menatap wajahmu Dan aku tersenyum lagi.... ***terasa sangat down pada ketika ini***

SAYA MEMANG GARANG MACAM NAGA!

FYNN JAMAL-150 JUTA... hehehe...saja nak buat gempak...entah kenapa malam ni aktif lak nak update blog ni..tapi skarang ni tengah sesi nak jiwang-jiwang karat sikit...by the way...lagu ni dah jadi macam lagu tema aku da..hehe...

That's How They Work

Image
Run, Run as far as we can, Run, Run as fast as we can, But it will definitely gonna catch us No matter how far we have run, No matter how fast we have run, We can never hide from it, It will follow us just like our shadow, We may hide from it for a while, Just like when the shadow gone when there is no light, But as soon as there is light, it will come back, Following us where ever we go That is just how they work, That is how MEMORIES work... ~ni aku buat masa boring pada 19 October 2010~

Knowing You...

Image
Knowing you was a coincidence, Be friend with you is natural, Loving you comes from my heart, Thinking of you always in my mind, Be apart from you is not what i want, But missing you is not a lie…. ~buat ni pada 16 October 2010~

Sekadar Mengisi Kebosanan

" Forget the money tree! I want to know where the job tree is. You know, the one that you shake and job offers come falling down. " Hari ni 17/08/2010...dah lebih 2 minggu aku menganggur. Bukan tak nak cari kerja tapi dah banyak aku apply tak ada satu pun yang reply. Eh..ada gak 2 yang reply..hehe. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. Saja nak hilangkan kebosanan malam-malam ni. Cerita Adik tu macam nak tak nak je aku sambung. Bukan ada pembaca pun. Nanti-nanti la kalau ada idea lagi aku sambung la tu. Nak ikutkan cerita Adik tu dah masuk versi ke-3. Versi asal aku buat masa form 1. Masa tu tulis-tulis dalam buku latihan. Dah penuh 1 buku latihan aku sambung lagi dalam buku yang baru. Siap combine kan 2 buku tu lagi...hehe. Tapi takde penghujung pun cerita tu. Aku tak tau nak habiskan macamana. Masa tu kawan-kawan aku yang ada baca buku tu suruh aku sambung. Siapkan jadi 1 buku yang lengkap dan berpenghujung. Tak ada maknanya...idea dah kering tak dapat nak sambung. P...

Pintu Lain....ade ke??

Sekarang ni susah nak cari keja. Orang kata kalau ada peluang ambik je keja tu...jangan memilih sangat... Tapi macamana kalau dah ada keja tapi keja tu akhirnya lebih kepada menyeksa diri. Tak ada apa yang boleh diharapkan sangat dari pekerjaan tu. Peluang untuk naik ke peringkat seterusnya pun macam malap. Nak tak nak sambil menyelam minum air la. Kena cari peluang lain. Aku skarang ni berada dalam kategori penganggur profesional. Memang profesional pun...ada pengalaman bekerja apa..hehe. Tapi aku sebenarnya belum letak jawatan pun. Baru ambik unpaid leave. Nak cari peluang lain. Bukannya  cerewet ke apa...dah setahun dah keja ngan company ni. Dah banyak yang aku blajar. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa masa depan aku untuk terus stay di company ni macam gelap. Even masa depan company ni pun nampak gelap. Tapi manatau kan in future company ni top giler kat Malaysia...hehehe...dah pandai pasang angan-angan macam bos-bos aku.  Macamana pun, aku tetap nak cari peluang lain. ...

berjinak-jinak...

Blog...Huiyooo....Aku akhirnya stat blogging....Apa nak taip ni??? Da lama sebenarnya nak wat blog ni..tapi ala malu-malu kucing lak... Segan je kalau blog ni macam tempat cakap benda-benda kosong...merepek x berhenti.  Da la tajuk blog ni pun mengarut tak hengat! Tapi sebenarnya tajuk tu ada makna...aku nak kongsi apa yang aku nampak di sekitar aku, di sekeliling aku. Aku rasa hidup ni penuh ngan warna warni. Kalau aku tak simpan pengalaman-pengalaman ni di mana-mana rasa macam rugi. Sebab tu la aku mula berjinak-jinak dengan blogging ni.  Aku tak harap pun ada orang baca blog merepek aku ni. Tapi kalau ada yang baca harap korang enjoy la k. Aku pun baru je blajar blogging ni.. ^_^