BERSIHKAN SAWANG.....

Hehehe....lama gila tak update n jenguk blog ni...Banyak benda jadi dalam hidup aku tahun ni...Ada menarik, tertarik da bomb! Ada yang sedih luka parah jiwa melara.... Hahaha... Macam-macam!! Tapi aku percaya 1 je puncanya... Ketentuan dari yang di atas sana... ^_^

Ketentuan dari Nya bahawa aku tahun ni bermula menjadi warga pendidik di bumi Johor. Ketentuan dariNya banyak dugaan aku telah tempuhi untuk ke sini dan bakal tempuhi di masa akan datang. Cabaran yang mendatang?? Hehe..orang mungkin mudah kata kita akan hadapi dengan tabah dan redha. Ia tidak semudah kata-kata klise yang mencadangkan penyelesaian singkat. Hadapi dengan senyuman kata orang. Berapa lama nak senyum?? Mudah berkata tak semudah melaluinya.

Kita kena positif menghadapi cabaran. Baik....sekarang kita set minda ke arah positif.....positif.......positif......pfffffttttt....!!! Gagal! Minda aku mengatakan bila kita tambah positif pada negatif jawapannya adalah negatif. Tapi itu kalau nilai negatifnya adalah besar daripada nilai positif. Ehhh????!!! Mengarut matematik pulak... Jadi nak buat macamana nak jadi positif ni? Masa ni lah kita kena dapatkan sokongan dan dorongan orang sekeliling. Kritikan orang dijadikan cabaran untuk maju. Tapi semudah itukah???

Ketabahan. Itu yang penting. Tabah  dan redha menghadapi ujian dan cabaran. Sentiasa ditanam dalam minda bahawa yang di atas sana tidak menguji hamba Nya sekiranya dia tidak mampu menanggung ujian tersebut. Sesungguhnya Dia lebih kenal dan tahu kemampuan kita.

Ahhhh!!! Tetiba pulak aku rasa fefeeling ustazah. Hehehe. Sejak bergelar cikgu ni, aku sedar selama ini ramai hanya memandang mudah kerja guru. Mungkin betul ada yang kerjanya mudah sebab tak dibebani tanggungjawab lain di sekolah. Tapi aku rasa tidak adil sekiranya kerana segelintir itu maka tugas guru dipandang mudah.

Cabarannya besar. Cabarannya banyak. Mendidik anak orang untuk jadi orang. Tinggi harapan mak bapaknya tu...Harap-harap la ada jugak antara murid-murid  aku ni guna pakai ilmu yang tak seberapa aku kongsikan kat dorang tu...


Comments

Popular posts from this blog

Sirih Pulang Ke Gagang

That's How They Work

Pintu Lain....ade ke??