Murid Zaman Main Getah VS. Murid Zaman Ipad
"Main Getah? Letak dua batang kayu kiri kanan pastu tarik getah jauh-jauh kemudian lepas ya cikgu?" Inilah jawapan yang aku dapat masa cakap dengan murid pasal main getah...Main Getah tu macam ni ya murid-murid.... Awak kena lompat melepasi beberapa level...
Lagi satu...murid zaman Ipad ni memang dah kurang rasa hormat pada guru. Bila bercakap macam cikgu-cikgu ni kawan sebaya diorang je. HELLOOOO....cikgu ni bukan budak-budak sebaya awak k nak main-main. Aku pernah mengalami pengalaman terkejut beruk bila tengok perangai murid zaman Ipad ni. Masa tu di RnR dalam perjalanan balik dari pertandingan peringkat negeri. Masa kat RnR tu diorang dah diberi peruntukan untuk makan n diorang gak belanja diri masing-masing. Aku and member pun makan la jugak. Dah 24jam mengurus makan minum tidur murid je kami langsung tak makan nasi jadi kat RnR tu melantak lah kami.. Tengah sedap-sedap melantak tu tetiba datang murid-murid ni dengan selambanya tarik gelas aku and minum dengan rakusnya..Bila aku tegur itu kan air saya! Boleh pulak dia jawab nasib baik air cikgu kalau tak saya dah habiskan ni... Secara tiba-tiba aku ter'flash back' zaman aku sekolah rendah dulu. Aku tak pernah buat macam tu. TAK BERANI...lagipun orang tak pelawa buat malu je ko nak belasah minuman dia...Kawan-kawan aku pun tak macam tu. Memang masa tu dalam kepala aku rasa nak sumbat je gelas tu terus dalam mulut dia. Tapi aku sabarkan. Cuma aku betul-betul TAK SETUJU LANGSUNG dengan tindakan dia yang ala-ala tak hormat cikgu langsung. RUDE to the MAX!
Tapi...mana la diorang ni tau...sekarang zaman main game kat Ipad..Galaxy Tab...Jauh bezanya..Attitude murid-murid ni pun jauh beza... Attitude semasa bersama dengan kawan malah semasa berdepan dengan guru.
Aku salah seorang murid yang merasai zaman main getah. Aku ingat lagi...dulu kalau cikgu masuk kelas aku dan kawan-kawan semua kepala tunduk je. Takut. Kang tentang mata kena laser lak. Jadi tunduk lah senyap je sampai cikgu tu bersuara. Bila cikgu tu mengajar kitorang tak de la pulak nak jalan ke sana sini. Khusyuk dan tawadu' dengar cikgu tu cakap apa kat depan. Cikgu kadang-kadang tak payah bawa rotan murid dah senyap. Bila cikgu bawa benda unik sikit kita orang akan rasa excited nak tunggu dia cerita pasal benda tu. Sedangkan dia just bawa benda alah tu untuk tarik perhatian kita orang je. Tapi dia berjaya buat kita orang fokus tertunggu-tunggu kenapa dia bawa benda tu. Kiranya dari segi class control memang cikgu tu berjaya dengan cemerlang la.
Tapi...apa yang aku nampak zaman sekarang ni yakni zaman Ipad (amboih...penggunaan 'yakni' tu...bangga cikgu BM aku!), murid-murid lebih berani. Cikgu masuk ke dalam kelas senyapnya cuma 2 minit semasa ucap salam and tunggu cikgu suruh duduk. Bontot cecah kerusi je mulut automatically turn on. Bising ya amat! Macam takde cikgu gamaknye. Bila cikgu jerkah baru senyap. Itu pun 5 minit. Ok..itu class control yang salah... Cuba pulak guna style cikgu aku dulu, bawa benda unik masuk kelas. Excited gila murid-murid! Kalau dulu bila kita excited kita akan sesama sendiri bertanya mende la cikgu bawa masuk kelas ni kan...tapi sekarang... Bawa masuk benda unik..dia punya excited...macam ko tak wujud and mende alah tu je yang diorang nampak. Ko berdiri kat depan pun tenggelam. Kenapa? Murid sekarang curious. Diorang dah banyak terdedah dengan maklumat dari internet dan pembacaan lain. Jadi, diorang bukan sekadar angkat tangan bertanya. Tanpa dipinta (skema frasa ni) diorang akan datang macam taiko ke depan kelas...serbu cikgu and mende alah yang konon-kononnya untuk tarik perhatian diorang supaya fokus semasa pnp nanti. Akhirnya...habis 15minit untuk menghalau murid-murid ramai yang menyerbu ke depan tu untuk duduk ke tempat masing-masing semula. PnP belum pun bermula. Huhuhu...
Memang nampak perbezaan murid dulu dan sekarang...mungkin ini pendapat peribadi aku secara general. Tapi kalau mau aku lebih detail, ini mungkin lebih kepada sikap murid-murid anak kotaraya. Aku pernah merasa mengajar di kawasan kampung. Muridnya lebih hormat guru. Masih ada sikap hormat orang lebih dewasa. Berbeza dengan di mana aku berada sekarang. Bagi aku, dan ini hanyalah pendapat aku, sikap anak-anak di sekolah atau di luar rumah banyak dipengaruhi oleh pengawasan sikapnya semasa di rumah. Mungkin juga sikap di sekolah adalah hasil pemberontakan perasaan diorang sebab di rumah aku yakin diorang adalah anak yang paling baik, hormat dan takut kepada ibu dan bapa.

Comments
Post a Comment