Biar Mati Anak Jangan Mati Adat Vs. Fikiran Rasional
![]() |
| Two roads that diverge in the wood...which one to choose? |
Jika keputusan diambil secara biar mati anak jangan mati adat, antara alasannya:
1. "Korang dah lama bercinta takkan tak nak ikat lagi hubungan korang?"
2. "Bawa anak dara orang ke hulu ke hilir...malu mak tau!" (dalam masa yang sama wanita itu sendiri menjemput kekasih anaknya ke mana sahaja mereka pergi)
3. "Mak bapak dia tak kisah macam lah keluarga kita tak ada maruah!"
4. "Bertunang je..bukan kawin...lepas tunang cari la keja."
5. "Mak malu tengok korang asyik keluar bersama."
Jika keputusan dipertimbangkan secara rasional:
1. "Lebih malu meminang anak dara orang tetapi menggunakan duit mak bapak."
2. "Sekurang-kurangnya tau dengan siapa anak dara kita keluar...tau ke mana arah tujunya...sekurang-kurangnya mereka berjumpa di depan mata...tak buat perkara melampaui batas yang mendatangkan masalah besar di kemudian hari..."
3. "Bukankah lebih baik kalau nak tau sangat pendapat bakal besan tu dengan menelefon/berjumpa terus dengan mereka daripada terus menuduh yang keluarga bakal besan langsung tak ambil peduli? Menyampaikan hasrat melalui anak mereka mungkin kelihatan kurang serius."
4. "Bila dah bekerja jangankan bertunang...nikah je terus sebab dah yakin ada nasi boleh dibagi makan kat anak dara orang tu."
5. "Kalau nak cakap pasal malu, bukan mak je yang malu...semua nanti malu bila hantaran ala ala nak tak nak (nak save budget punya pasal)...saudara semua dok mengata bakal menantu tak keja sapa nak tanggung anak dara dia...kelam kabut sangat nak betunang ni mesti dah ada isi (pemikiran tipikal orang zaman sekarang kalau orang bertunang/menikah dalam masa singkat)..bertunang/menikah bukan cuma nak jaga air muka mak sorang...kena pertimbangkan semua yang terlibat.."
Antara kedua-dua cara membuat keputusan...ada pro dan kontranya...tapi cuba berfikir dengan tenang...dan pandang jauh..keputusan hari ini bukan hanya mempengaruhi masa ini saja...malah jauh lagi..mempengaruhi hala tuju masa depan...Bukannya nak menangguh tanpa sebab tapi setiap tindakan ada sebab dan kesan jangka panjangnya.

Comments
Post a Comment