Entri Tengah Malam...atau Sepatutnya Awal Pagi?


Hari ni aku rasa nak menulis pulak. Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Tapi terasa nak menulis. Masalahnya bila aku dah start buka blog ni and try nak menaip perkara-perkara yang menyesakkan kepala aku tadi tiba-tiba perkara-perkara tu semua hilang. Mungkin aku kurang keluar rumah. Al maklum sejak bercuti ni aku dah kurang peka keadaan di luar. Setakat hari ini aku melihat dunia melalui TV dan internet. Macam-macam aku perhatikan.


Dari kes makhluk Allah yang berfikiran singkat menghina penduduk beberapa negeri di FB, tentangan rakyat negara seberang yang nak ganyang negara ni sehingga la kes pembunuhan jutawan kosmetik tu. Macam-macam kes. Puncanya juga bermacam-macam. Apa yang menarik semua orang meluahkan pendapat. Tidak kira lah melalui FB, Twitter, blog individu, blog gosip, ruangan forum dan macam-macam lagi. Ada yang bagi pendapat yang munasabah...tapi kebanyakkan lebih kepada pendapat yang dikaburi oleh perasaan marah/geram/dengki/tunjuk pandai (ade ke perasaan ni?). 

Aku sebenarnya tak kisah dengan pendapat-pendapat mereka-mereka ini. Yang baik boleh dijadikan pengajaran. Yang buruk....???Jadikan tauladan kata orang dulu-dulu...tapi kadang-kadang panas juga hati ni membaca komen-komen yang berunsurkan perkauman, kenegerian, kenegaraan dan ke...an yang lain. Seolah-olah mereka-mereka ini dengan yakinnya terus melabel satu kaum, satu negeri, atau satu negara itu semua orangnya bersifat sama. Mungkin mereka-mereka ini tak pernah dengar pepatah "Dalam setandan pisang itu, jika satu rosak tidak bermaksud semuanya rosak". Tapi bila difikir semula keadaan ni sebenarnya berlaku disebabkan oleh satu penyebab. Apa atau siapa penyebab itu kita tak tau. Tapi macam pepatah cakap lagi "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Kesian yang tak bersalah tu...betul tak?

Lagi satu yang aku perhatikan dalam pendapat-pendapat yang aku baca mengenai kes-kes yang aku sebutkan di atas tu, ada sesetengahnya cuba menyelitkan kesedaran moral dan agama. Tapi....keadaannya macam jari telunjuk menuding ke orang lain empat jari lagi menuding diri sendiri. Ingin menyedarkan orang tapi bahasa sendiri terlebih bijak pulak. Jangankan maki segala-galanya disebut. Apalah guna menyedarkan orang lain kalau diri sendiri tak sedar-sedar jugak. Tak gitu?


Bagi aku tak salah mereka-mereka ini memberi pendapat. Sama macam apa yang aku sedang buat ni lah. Sedang meluah pendapat yang sama ada boleh diterima atau tidak oleh orang lain. Kita tak boleh paksa orang terima pendapat kita kan? Aku dah mengarut lagi....

Aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi ni...dah habis luahan perasaan kot. Tapi sambil aku menulis ni aku berdoa jugak tak jadi macam mereka-mereka yang 'pandai' itu. Memang lah mereka pandai...pandai berkata-kata. 


p/s: tak tau kenapa...mungkin disebabkan dah lewat bahasa aku kali ni sangat skema...bangga cikgu BM aku kalau baca ni...hehehehe 

Comments

Popular posts from this blog

Sang Pemimpi

Sirih Pulang Ke Gagang

BERSIHKAN SAWANG.....